Thursday, 09:15PM, 19 April 2018
  • Laman Utama
  • Profil
  • |
  • Galeri
  • |
  • Borang
Selamat Datang, Pelawat Log Masuk
  • Pentadbiran
  • Hal Ehwal Akademik
  • Hal Ehwal Pelajar
  • Ko-Kurikulum
  • Fasiliti
  • Hubungi Kami
  • MUAFAKAT
Laman Utama > Profil
Profil
  • Perutusan
  • Sejarah Penubuhan
  • Misi-Visi-Objektif
  • Piagam Pelanggan
  • Peta & Pelan

  

Galeri

 Lokasi

Maklumat Semakan Daftar Pelajar Baru 

Kalendar Akademik

Pendaftaran Penjaga

Panduan Pengguna Portal Maktab

MRSM e-Education Support Portal

Profil

Perutusan
07 September 2017 12:13 PM
258166

PERUTUSAN PENGETUA
 

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurnia-Nya dapat kita bertemu di dalam Portal MRSM Pasir Salak. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan dalam portal ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi dan misi institusi dan seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar. Portal ini juga diharapkan dapat membantu dari segi pelarasan dalam pelbagai aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian akademik.

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan portal ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

 

Sekian

ABD MANAB BIN ABDUL MAJID

Pengetua
MRSM Pasir Salak


Sejarah Penubuhan
07 September 2017 11:43 AM
258166

PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PASIR SALAK

 

Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak merupakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang ke-4 di Perak dan yang ke-31 beroperasi di Malaysia. Maktab ini telah mula beroperasi pada 17 Februari 2003 dengan pengambilan pelajar yang pertama berjumlah 261 orang.

Pada waktu itu, tenaga kerja maktab ini terdiri daripada guru-guru dan kakitangan yang berjumlah 25 orang sahaja. Bilangan tersebut tidak termasuk pihak pengurusan tertinggi maktab. Sehingga kini, warga MRSM Pasir Salak yang terdiri daripada guru, kakitangan dan pelajar telah berkembang hingga hampir 900 orang.

Pekan yang berhampiran dengan MRSM Pasir Salak ini ialah pekan Kampung Gajah. Jaraknya ialah 4 kilometer. Manakala bandar Teluk Intan merupakan bandar yang terhampir kira-kira 30 kilometer dari pekan Kampung Gajah. Bas dan teksi merupakan kemudahan pengankutan awam yang terdapat di pekan ini.


Pengetua

2003 - 2006 : Allahyarham Tn. Hj. Mohamed Sanuar Bin Yusoff

2006 - 2007 : Tn. Hj. Jusoh Bin Omar

2008 - 2012 : Tn. Hj. Mohd Yunus Bin Deraman

2012 - 2015 : Tn. Hj. Abd Manab Bin Abdul Majid

2015 - 2015 : En. Mohd Yusoff Bin Mat Taha

2015 - Kini : Tn. Hj. Abd Manab Bin Abdul Majid


Misi-Visi-Objektif
07 September 2017 10:50 AM
258166


Piagam Pelanggan
06 September 2017 05:04 PM
258166


Peta & Pelan
06 September 2017 12:39 PM
258166

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 9 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.